Selamat Datang ke MyMedic2U
|
Assalamualaikum w.b.t, Selamat datang dan ribuan terima kasih di atas kunjungan anda ke laman rasmi MyMedic2u.com. MYMEDIC2U merupakan sebuah agensi swasta yang berdaftar dan berpengalaman luas menguruskan hal ehwal penempatan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di TUJUH buah Universiti terkemuka di Mesir seperti di Universiti Ainsham, Universiti Al-Azhar, Universiti Alexandria, Universiti Mansoura, Universiti Tanta, Universiti Zagazig serta Universiti Assiut. Kesemua universiti yang ditawarkan mendapat pengiktirafan sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang melayakan para pelajar mendapat pekerjaan di mana-mana badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. MYMEDIC2U juga menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuklah kemudahan perundingan dan khidmat nasihat dengan pelajar mahupun ibu bapa bagi membuat keputusan dalam pemilihan universiti dan kursus pengajian yang bersesuaian dengan minat dan potensi akademik dan sahsiah pelajar. MYMEDIC2U sentiasa perihatin dan berusaha membantu para pelanggan kami dalam urusan penempatan di universiti-universiti berkenaan selain menyediakan khidmat nasihat dan perkhidmatan berkualiti dan terbaik demi kepuasan dan keselesaan anda semua. Terima kasih semua, semoga Allah memudahkan dan memberkati usaha kita selama ini, Insyallah. ~Masa Depan Anda , Matlamat Kami~ |
|---|





















.jpg)






